Empat Jenis Manusia Dalam Dunia

March 23rd, 2006 by fizan

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan
berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada
mereka. Mereka ini
ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang
Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan
angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta
dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba
menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,
Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak
kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak
mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada
mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan
Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan
pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada
Nabi-nabi dan Rasul.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari
Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi
mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang
lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang
besar.
Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;

"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang
alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh
itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika
tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu
dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh
kamu.

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada
makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan
memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari
hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh
kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana
mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;

"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".

Sabda baginda lagi;

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian,
sembilan darinya terletak dalam diam".

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya,
dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati
dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan
orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat
demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan
dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang
Soleh.

4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian
kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;

‘Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan
orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda
Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang
itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka
akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang
tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia
kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka
itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang
mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa
mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam
golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan
tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang
seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan
terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan
mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak
dan keampunanNya.

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat
golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri
sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin
keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang
dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

March 21st, 2006 by fizan

"Memicit atau memgang hidung
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa
juga tindakan yang

dilakukan.
Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia
besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan
Suka ikut kepala sendiri
Pentingkan diri sendiri
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin
terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat

Bermain dgn tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi
Pandai berjenaka
Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau
pandangan org lain tanpa ambil hati
Jenis open minded

Mematahkan jari jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara
dgn org lain
Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

Menggigit kuku
Gugup dan gementar bila berbicara
Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

Memintal hujung rambut
Suka berkhayal
Sukar diperdayakan
Keras kepala

Menongkat dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat
ditangannya
Suka mendengar masalah teman2
Setia dlm persahabatan

Suka letakkan tangan atas meja
Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
Peramah
Suka bergantung pada orang lain

Menggosok 2 telapak tangan
Ramah dan berfikiran matang
Suka berterusterang dan tidak suka ckap berbelit2
Muudah memahami perasaan org lain dan suka membantu

Memutar cincin
sangat menepati janji
berhati2 dlm tutur kata
gemar hidup yang teratur

Kecantikan Lelaki…..Kegagahan Wanita…..

February 7th, 2006 by fizan

Assalamualaikum wbt…

       Kecantikan Lelaki
       Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni  rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-

        1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
        2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
        3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
        4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
        5)Lelaki yang baik sangka
        6)Lelaki yang tak pernah putus asa

        Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan
       yang sempurna seorang lelaki.
       =======================================================
       Kegagahan Wanita
       Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang
       gagah,adalah:-

        1)Perempuan yang tahan ! menerima sebuah kehilangan
        2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
        3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
        4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

       Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan
       sempurna bagi seorang perempuan.

        Sabda Rasulullah SAW:-
        "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

        Surah Al-Ahzab: Ayat 71
        "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan  barangsiapa mentaati
       Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah  mendapat kemenangan yang besar."

         Wallahualam.

DENGAN SIAPA KAMU DUDUK

February 6th, 2006 by fizan

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia,
akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya,
Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia
dan keinginan
kepadanya.
Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin,
Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur
dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah
Barangsiapa suka duduk dengan Sultan(Pemerintah Negara),akan
ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
Barangsiapa suka duduk dengan perempuan,
akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak ,
akan ditambah kesukaannya bermain-main dan
bersenda gurau.
Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq,
akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan
menunda-nunda taubat.
Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang
soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat’
Barangsiapa suka duduk dengan para ulama’
maka bertambahlah ilmu dan waraknya…

Wallahualam

December 6th, 2005 by fizan

BEZA LELAKI DAN WANITA

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN ??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi. lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita …

” Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri ”

love story

August 17th, 2005 by fizan

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu
menghabiskan masanya di perpustakaan pada
waktu lapang. Dia amat suka membaca novel &
buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa
sebuah novel yang ada tertulis nama &alamat
seorang gadis di salah satu muka suratnya.
Tertulis disitu "Catrina… kesepian & perlukan
sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus
surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah,
jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat
ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari
kemudian si jejaka mendapat balasan daripada
gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan
dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu
bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar
kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-
masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin
sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si
gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang
tetap berbuku di hati.Sehingga suatu l oleh bala
tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka
amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia
tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.
Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan
panja ngkan jodoh kita,dan kamu masih sayang
padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi di
bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat
nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan
membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku
akan mengenali kamu sekiranya kamu juga
memegang bunga mawar merah. Setelah itu
izikanlah aku membawa mu makan malam dan
bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah
mengutuskan surat itu… Beberapa bulan
kemudian… Pada hari pengumuman perang tamat,
si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat
si gadis tinggal sambil memegang bunga di
tangan.Dilihatnya seorang demi seorang gadis
yang lalu sekiranya dia turut memegang
bunga.Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang
gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi iling.
Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah…
sebelah lagi tangannya memegang sekuntum
bunga mawar berwarna merah… Si jejaka agak
terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri
sigadis. "Catrina?"Gadis itu melihat ke arah si
jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus
menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan
berkata "aku amat merinduimu.Terimalah bunga ini
dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang
tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.."
sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu
terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi.
Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga
ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku
memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu
kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu
mempelawaku makan malam dan bertemu orang
tuamu… .."berapa ramaikah manusia yang sesuci
hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan
kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan
tetap berpegang kepada perasaannya … dia
menjangkakan gadis cacat itu adalah catrina…
Sesungguhnya semua manusia harus berfikir
seperti dia…

cinta,kesedihan,kekayaan,kegembiraaan

July 31st, 2005 by fizan

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah benda abstrak. Ada Cinta, Kekayaan, Kecantikan, Kegembiraan, Kesedihan dan sebagainya. Pada awalnya mereka hidup bersama-sama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, badai datang menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.

Cinta sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki Cinta. Tidak lama kemudian kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.

“Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!” teriak Cinta. Dengan segera Kekayaan pun menjawab, “Ohh! Maafkan aku Cinta”, kata Kekayaan. “ Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. Lagi pun tak ada ruang lagi untuk kau di perahuku ini.”

Cinta amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengan sebuah perahu.

“Kegembiraan! Tolonglah aku!” teriak Cinta. Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriakan Cinta. Air semakin meninggi membasahi Cinta sampai ke paras pinggang dan Cinta semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah Kecantikan di depannya.

“ Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!“ teriak Cinta

“Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini.” sahut Kecantikan. Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta mula menangis terisak-isak.

“Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak mempedulikan aku?” rintihnya sayu.

Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pulak Kesedihan dengan perahunya.

“Ohh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu,” kata Cinta.

“Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian…” kata Kesedihan sambil terus mendayung perahunya. Cinta sudah mula putus asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Cinta terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. “Oh Tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa Cinta?.”

Pada saat yang kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya, “Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!.” Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. Cinta pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu.

“Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!" kata orang itu.

Cinta pun bertanya lagi. “Tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? Aku tak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku,” tanya Cinta kehairanan.

“Sebab, hanya Waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu…” kata orang itu. Setelah itu fahamlah Cinta akan kepentingannya di dunia ini.

Sayangilah IBU kamu

June 29th, 2005 by fizan

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang
sibuk menyediakan makan
malamdi dapur lalu menghulurkan sekeping kertas
yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron
menyambut kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang
si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai
sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -
PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minu m, pakaian, dan
keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa
yang dituliskan oleh si
ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan
berkata,"Saya Sayangkan
Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan
menulis’Telah Dibayar’ pada
muka surat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah
SAW dan bertanya,"Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat
layanan baik dariku?"
Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak
tiga kali), kemudian
ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Semoga kamu berjaya dalam apa pun kerja (yang
baik)kamu lakukan dan
murah rezeki.

25 Pesanan Luqman El-Hakim kepada anak-anaknya

June 27th, 2005 by fizan
01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan
lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,
agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada
kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Sekian, Wassalam.

HIDUP TANPA PEREMPUAN

June 20th, 2005 by fizan
jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lg yg tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanita lah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dr tulang rusuk yg bengkok utk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sdn yg tak lurus, tak mgkn mampu nak meluruskan mereka.
Tak logik kayu yg bengkok menghasilkan bayang-bayang yg lurus.
Luruskanlah wanita dgn cara yg ditunjuk Allah krn mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya.
Didiklah mrk dgn panduan oleh-Nya
JGN CUBA JINAKKAN MRK DGN HARTA, NNT MRK SEMAKIN LIAR
JGN HIBURKAN MRK DGN KECANTIKAN, NNT MRK SEMAKIN MENDERITA
Yg sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kpd Allah, zat yg kekal, itulah suisnya.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DGN ILMU
HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DGN IMAN
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DGN AKHLAK
Suburkanlah krn dr situlah nnt mrk akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka,
walaupun tidak jd ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women gladiator.
Bisikkan ke telinga mrk bhw kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan suatu diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yg lembut itulah
yg mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" lain.
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.
Wanita yg lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mrk bukan shj tidak boleh diluruskan
bahkan mrk pula m’bengkok kan.
LBH RAMIA LELAKI YG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN
DRPD PEREMPUAN YG DIROSAKKAN OLEH LELAKI
SEBODOH BODOH PEREMPUAN PUN
BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan.
Mrk tidak akan kenal diri mrk sdn, apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan sahaja ramai bos tlh kehilangan secretary, bahkan anak pn akan kehilangan ibu,
suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jgn hanya mengharap ketaatan ttp binalah kepimpinan.
Pastikan sblm memimpin wanita menuju jln Allah,
PIMPINLAH DIRI SDN DAHULU KEPADANYA.
Jinakkan diri dgn Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.
JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH
KALAU PERIBADI BELUM LG SEPERTI SAYYIDINA ALI